Bukan main bawa watak jahat, di sebalik muka bengis rupanya Jay Iswazir kaki latah

Bukan main bawa watak jahat, di sebalik muka bengis rupanya Jay Iswazir kaki latah

 

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon, Jay Iswazir dimana jika anda menonton lakonannya tentu terbawa-bawa emosi kerana kalau dia membawa watak jahat atau gangster tentu menjadi.

Dia yang sinonim membawa watak antagonis mengundang ramai sudah mengenali dirinya yang sememangnya hebat apabila menghayati watak jahat sehinggakan dia sering menjadi sorotan di media sosial.

Mana tidaknya, bukan mudah membawa watak sebegitu namun tiap kali memegang watak antagonis, Jay Iswazir berjaya membuatkan penonton geram.

Namun begitu, menerusi perkongsian pengacara tersohor iaitu Dato AC Mizal mengundang ramai terkedu terutama peminat Jay Iswazir yang sering mengikuti perkembangan kerjayanya sebagai pelakon watak antagonis di kaca televisyen. Jay Iswazir dilihat diusik oleh Dato AC Mizal.

Tetapi bukan itu yang menjadi tumpuan kerana orang ramai tidak menyangka Jay Iswazir seorang kaki latah. Melihatkan dia diusik Dato AC Mizal bertambah mencetuskan warganet terhibur.

@emyliadac7

Melatah rupanyer dia @Jay Iswazir , serinok kacau dia , baru tau dia melatah jugak hhahaha Pandai simpan rahsie 😏 Datang jumpa Uncle Tony, terus terbongkar rahsia! Kali ini kita ada @realjayiswazir & @azzahraahm4d di Tanya Je Musim ke-2 Saksikan Uncle Tony @emyliadac dan bersama pembantu terbaru Lucy Karok @emeldarosemila di @utamamotors 🚨Tanya Je Musim Ke-2 ⏳ Selasa 9:00 – 9:30 malam 📺 Mytv 116 atau MyTV Mana Mana ( Appstore & Playstore ) @omak.jenny @nubhan.ahamad @zulinaziz @farhannorzaini @akueatu @shafeeqa_johari @azwankombos @ezzatyabdullah @realjayiswazir @azzahraahm4d @harithzazman @leeghksh @nadyasyahera @_niensanna @armadaammar @emyliadac @emeldarosemila @mysuketv @mysukeshop #TanyaJeS2 #TJS2 #KitaCumaMauTanyaJer #SUKEsangat #fyp #masukberanda #capcut #tiktokmalaysia #malaysia #masukberanda #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – emyliadac – emyliadac

Manakan tidak, ramai yang tidak menyangka pelakon Jay Iswazir ini seorang kaki latah memandangkan dia sering dilihat ganas dalam dunia lakonan sehingga ada yang tertanya-tanya bagaimana dia menahan dari melatah ketika berlakon.

Jay ni muka ganas tapi melatah rupanya, suka tengok dia berlakon

Lahai muka ganas, berlakon stunt ganas-ganas jugak. Pak Latah jugak

Muka gangster tapi melatah. Hahaha suka kalau Jay tu berlakon

Ooo melatah rupanya. Camne la time dia berlakon